Thursday, 23 May 2019

A New Beginning

Bismillah

Dah lama aku tak update blog aku dan ini post pertama untuk tahun 2019

So, aku decide untuk menulis balik di blog ni dengan harapan baru, semangat baru. Kalau sebelum ni aku tulis blog dengan hanya berniat untuk meluahkan atau jadikan ini satu diari kehidupan aku. 

Kalini, aku nak jadikan blog aku sebagai satu platform perkongsian ilmu dan juga mungkin diari kecantikan aku 😆 Senang sebab kat sini aku boleh simpan progress aku, dan mana tahu kot2 ada sahabat alam maya yang boleh bagi aku apa2 cadangan penambahbaikan untuk diri aku ke, who knows kan.

So aku berharap penulisan aku lepas ni lebih matang dari sebelumnya dan boleh diterima oleh semua orang. Terima kasih ❤️

Saturday, 23 May 2015

Cuti Sem

Aktiviti aku sepanjang cuti sem ni

1. Bercinta dengan green tea.
2. Belek Youtube channel Joanna Soh.
3. Workout daily walaupon tak de perubahan aku kena kuat biarlaaa tak kurus pon! *sad*
4. Online Bussiness
5. Start rutin baru - towards a NEW me

Green Tea

GET READY UNTUK KARANGAN YANG AGAK PANJANG

Aku tak tahu sangat sebenarnya pasal green tea sebelum ni. Lepas aku jadi roomate Enur, dia memang gila bab skincare ni and she loves to share tips. Yang lain ade je kawan yang memang sangat jaga kulit muka tapi tak same macam enur, they tend to keep their tips by themself. Yelaa, kang nanti ada orang lagi cantik dari aku. Ye dokk? Biase laa manusia mesti ade gak selfish tu disudut hati. Kita ni jangan laa terikut pulak k, sayang?

Orait, berbalik pada Enur, demi nak kulit ni jadi cantik, flawless semua.. dia ikut style Fazura yang amalkan green tea. So, memang semangat ah Enur terang pasal benefits green tea, tapi banyak tekan kat pasal kulit muka laaa. Nanti muka takde jerawat dah inshaa Allah, pastu segar semua.. So, aku ni ter affected sekali. So, aku try minum green tea brand L, hurmm terjeluak aku. Memang tak sedap, ak tak ingat dah rasa dia camane, yang aku ingat tekak aku memang takleh terima. Hurm ingat balik, memang luga gok ah tekok ni.

Tu cerita tahun 2014, masa sem 2.

Masuk sem 4, aku dapat Meon pulak jadi roomate, Meon memang cantik ahh, flawless kulit pon aku yang pompuan ni tengok pon WOWWW. Tapi takleh puji depan dia... hahahahaa tak sanggup aku nak tengok muka dia malu tu, geli yekkk. Ok Meon memang kurus, tapi sejak roomate ngan aku, makin sihat aku tengok dia. Bahagia sangat roomate ngan aku kot. Pastu, ade orang tanye Meon apa rahsia kurus dia sebelum ni, dia pon cakap GREEN TEA! Dulu, dia memang amalkan green tea, memang habit ah, dia tak amalkan diet ke apa, just a cup of green tea daily.

Aku pon berminat laa nak cuba green tea ni balik dan nak amalkan sebab yelaa nak sihat luar dan dalam laa konon sebab aku nak kurus sebenarnye. Dah overweight dah aku ni. Aku cakap ah camane nak minat minum green tea? Sebab tak sedap, dia suruh aku try brand B, so aku beranikan diri beli satu box yang ade 50 bags of green tea. Gile berani! First try banyak gile kot. Tapi tu je yang ada kat Mydin. Rase dia better laaa kalau nak banding dengan previous brand tu. Tapi, payau pahit tu biase ah, kene tahan ah nak cantik memang susah. So, mula2 kat kolej, aku tak berdisiplin sangat, aku selalu cheat, kadang sehari dua aku tak minum.


Brand ni je aku boleh tolerate

Bila cuti sem start, aku mula laa nak berdisiplin minum. Susah gak nak kekalkan momentum tu..hahah.. So, ak amalkan minum sebelum tidur, sebab waktu lain aku takut tak ingat. So, memang agak liat gak nak pujuk diri sebenarnya nak minum air yang tak sedap, yelaa tekak dah biase ngan air manis. So, ak letak je satu uncang teh hijau tu dalam mug. Air memang kena panas, sebab aku suka minum air suam.

CARA MINUM GREEN TEA STYLE AKU

Satu cara aku pujuk diri aku, sebelum minum wajib tilik muka kat cermin, ok aku nak FLAWLESS! Baru semangat, bila dah dua tiga teguk, pahit tu dah terasa, aku mulaaa laaa teruskan usaha pujuk diri sendiri baca artikel tentang goods of green tea. Sekarang lidah aku dah terbiasa dengan rasa green tea tang tak sedap tu. Kadang-kadang tu kalau aku stress, automatik aku cari green tea. Relaks sikit kot.

Satu lagi perangai aku ni suka berjimat dan tak suka membazir. Mula dulu lepas minum, aku terus buang uncang tu, tapi sekarang aku guna uncang tu buat macam-macam.


10 BEAUTY HACKS USES OF GREEN TEA
credit to: channel Perfect Beauty (Youtube)

1. FACE MASK
2 sudu low fat yogurt + 1 sudu daun teh hijau (mixed)
Sapu pada muka selama 20 minit. Bilas
*Mengandungi antioxidant yang boleh baiki sel rosak pada kulit muka.

2. EYE MASK
Letakkan uncang yand dah diguna dalam peti sejuk semalaman.
Esoknya, boleh ambik letak atas kelopak mata atau pada bawah mata.
*boleh kurangkan dark circle.

3. HAIR RINSE
Letakkan uncang teh dalam air panas, biarkan sejuk dan letakkan pada
rambut basah selama 10 minit. Bilas.
*boleh melembabkan rambut dan kurangkan rambut gugur

4. FACIAL MIST
Letakkan green tea dalam spray bottle. Sejukkan dalam peti sejuk.
*segarkan muka

5. CLEANSER
Campur dengan pencuci muka.

6. SCRUB
Just letakkan kat muka daun teh tu, lepas tu urut muka dengan lembut.
Yang ni biasa aku buat, sebab sangat simple.
*rasa segar dan sel mati banyak yang tertanggal jugak

6 ni je yang logik otak aku boleh terima dan mampu buat.


i just in love with green tea!

New Entry for 2015

Bismillah..

Sejak cuti sem ni, banyak sangat duk google tips dan petua nak cantik and so on, terpanggil la pulak nak jenguk blog yang dah lama tak update.

So, ni first entry untuk tahun 2015 padahal dah nak masuk bulan 6 dah, takpe tak kisah la sebab aku buat blog ni bukan nak suruh orang lain baca ke ape, just sini tempat aku nak luah ape yang ade dalam kepale aku dan boleh gak jadi jurnal aku nak catat something. 

MATANG

Bila aku bace balik post aku yang sebelum ni, baru la sedar betapa tak matangnya diri ini, padahal masa tu umur dah 19. Ok. Aku  akui aku memang tak matang, susah dan tak nak jadi matang. Serius! Aku tak mo besar. AHHHH tolong ah ak tak mo cecah usia 20 tahun wehhh.

please STOP masa! please someone...

ok...dah!

Saturday, 11 January 2014

Betul ke Bohong?

dah macam name program lawak dalam Tv daaa....

Betul ke Bohong?


Ade sedikit kekeliruan tentang kesahihan mengenai khabar angin

budak2 fakulti aku akan dipindahkan ke Kampus Tapah, Perak
mak ai, jauhnyeee...
mula2 taw time Sem1 memang laa happy tapi bile dipikir balik, dicongak2 lam kepale
aku rase better stay sini je kot, dekat senang aku nak balik rumah
basuh baju every weekend (pemalas betol anak dara sorang neh, hehe)
besides, aku boleh save kos perbelanjaan...
cuba pikir balik, kalau aku duk kat sane yang tersaaangat la jauh
semestinye aku akan balik dengan bas, so tambang bas bukan laa FREE!
kalau nak balik, dah tentu dan takde cara lain lagi aku kene la membelanjekan
sebahagian duit aku untuk sekeping tiket bas
dah nampak dah kat situ, purse aku akan nipis in a short time
duk jauh, seme barang keperluan of course i have to spent my own money
matlamat aku nak bayar PTPTN sebelum naik bunga tak tercapai la
dah sah2 aku akan guna duit tu untuk belanja

yes, i know PTPTN gave the loans to the student to help them in their studies

by giving the money to buy necessary things during the study...
HOWEVER,
i have planned not to spent too much money (PTPTN loan) to buy anything that are
unnecessary, like some of the students here bought new smartphones,
changing them according to the trend nowadays, even buying gadgets that are
not important at all by using that money, i think it is irresponsible act to spent
the money given in that way

aku bukan nak kutuk orang sesuka hati, ini cuma pandangan aku sahaja

sebab ye laa, aku ni jenis yang sangat berkira dengan duit
mengikut 'plan'nye, aku nak guna duit tu untuk belanja makan je
sebab senang nak topup balik duit tu nanti sebelum naik bunga,
aku terus nak bayar...senang! no extra money paid...
dan gaji aku pon tak akan dipotong suatu hari nanti

tapi bergantung atas orang la camane dorang urus duit kan

i just mind my own thing, no string attached to the others
aku buat hal aku, kau buat hal kau...
maksud aku kat sini, walaupun cara aku macam ni
aku tak pernah kutuk atau sendakan mana2 pihak yang telah bertindak sedemikian
ikut dia la nak beli phone ke, other gadgets ke, emas, berlian etc
ikot dorang, asal jangan ambik aku punye duit dah laa

berbalik kepada cerita khabar angin tu, masalah duit antara salah satu probs
then, masalah nak sesuaikan diri dengan kampus baru yang dengar katanya besar tu
agak merunsingkan budak2 kampus aku yang cute ni
terbiasa dengan kampus yang kecik dan jarak kolej and kelas yang dekat
sangat menyelesakan para pelajar yang sudah sedia ada selesa macam aku
bayangkan, kelas start pukul 10.15am, 9.45am ak baru bangun
huhu...siap2 10.10am baru nak gerak, insha Allah aku akan sampai kelas b4 lecturer
kelebihan kampus aku la tu...no need la nak fetch bus, naik tangge tinggi2 macam kat palam
tak sesat pon nak gi kelas, sebab bangunan sikit dan kawasan yang sempit dan kecik
macam2 lagi la special kampus KT ni

walaubagaimana sekalipun,
aku redha je kalau kami betul2 akan dipindahkan
sebab ye la, takde alasan yang munasabah untuk tangguh atau membantah usul
pihak atasan, dorang ade alasan tersendiri pindahkan kami ke sana,
jadi aku cuma akan terus sambung belajar, and at the same time
super saver on my spenditure! penting tuuu

buat masa sekarang, aku tak nak pikir sangat soal jadi ke tak pindah tu
yang penting study ni, target aku score for this upcoming quiz and test
serik daa ari tu main2 jap bersama rakan seperjuangan Zetty
kan da dapat low marks for Calculus, mase tu la baru nak sedih, menyesal
then baru nak semangat berkobar2 nak tebus balik result tu
hurm, hajat di hati nak teruskan Dean List yang aku dah dapat semester lepas
agak susah nak maintain sebenarnya dengan perangai aku yang suka main2 ni
dalam kelas asyik main je ngan Zetty, assignment, lab reprt seme last minute punye product
tapi aku percaya my work's quality quite good compared to some other people
who finished their work before the due
aku bukan nak bangge ke ape, tapi hurmmm...macam tu laaa xreti nak xplain camane
(kalau dah perasan bagus tu, tak kemane la aku ni,)
tapi aku rasa aku tak perasan pon...hurm
dahh....masuk cite perasan pulak

kesimpulannya, ikut awak la nak bawak kitorang pi mane2
asalkan saya boleh adapt dengan tempat tu dan study dengan baik
dah lebih dari cukup, aku nak capai cita-cita aku je
the best pointer each sem and ANC on my gaduation day
baru senang ak nak apply mane2 course untuj peringkat degree nanti
insha Allah, AMIN...



lastly, HAPPY NEW YEAR 2014!!
another year of stories ahead...

Friday, 20 September 2013

exam fever!

setelah sekian lame tak merase exam
sekarang 'that feeling come again'
cuma beza, dulu aku ni pelajar sekolah
sekarang dah bergelar mahasiswi dah
besar dah rupenye aku ni erk...

nak dekat2 final exam ni
ak ngan member2 duk sibuk study
test ngan kuiz je memanjang
lecturer pulak nak dekat2 final ny lar
dorang sibuk nak habiskan mane2
baki kuiz n test yg x buat lagi
well, cam biase student lar yang menggile
waktu2 puncak macam ni
tapi bagus gak
sekurang2nye kitorang akan study
kalau x buat test ngan kuiz tu
alamatnye camane lar rupe pointer kitorang
at least bile da jawab kuiz ngan test
kitorg boleh prepare diri lebih awal
dan biasakan diri dengan soalan2

yelar dah kalau diri ni ditekan untuk study
otak ni selalu di'push' untuk diisi
dengan segala macam maklumat
dari fakta ke teori...
dari biologi ---> kimia ---> fizik
cell organelle ---> redox reaction
---> newton's law of motion

mula la terselit di celah-celah lipatan otak aku tu
muncul anasir2 asing yang inginkan sedikit hiburan
mula la aku tengok video2 kpop kegemaran aku tu
kalau setakat tengok takpe lagi
ni badan da start gerak2 mengikut irama lagu
tangan pon gatal je nak buat video
tercipta lar kpop parody cover by us!

teringat la pulak zaman ak masih di SESTER
gap masa time kitorang SPM
yang REAL punyer...
betapa stressnye aku ngan member2
kitorang melepak kat padang
sambil menikmati aiskrim ngan jelly buah
mula2 borak kosong, mengimbau kenangan lame la konon
time mule2 kenal, masih ber 'saya awak'
sehingga ke hubungan 'aku mung'
dan sampai lar sekarang...
mula lar keluar cerita2 lucu
tibe2 keluar idea nak buat video tutorial tudung
apa kejadahnya tibe2 tutorial tudung
molek2 pathway tu tengah duk rewind cerite lame
tibe2 masuk topik yang jauh menyimpang
TUTORIAL TUDUNG?
what...the....
tular, betape tak terduganya pemikiran budak ny
daripada tutorial tudung
start la kpop parody...
dari 'scene' di padang sehingga lah dibawa ke bilik
pergh! wa cakap lu
malam tu aku demam kepenatan menari
ebat betol penangan kpop

sekarang bile aku tengok balik video tu
terimbau kenganan lame..
cewah ayat xley bla
yang aku ni tibe2 sweet pehal?
tapi xsalah kan kalau ak nak sentimental sikit kan?

camane erk member2 aku sekarang?
ade yang study oversea, study local pon ade
matrik, asasi, kolej mara..
mesti dorang pon stress study kan?
selagi  bergelar seorang pelajar
benda tular yang akan kita rasa sampai tamat pengajian

aku harap sangat semua penat lelah usaha aku
selama ni berbaloi
ye lar, harapan semua orang kot
nak dapat pointer terbaik setiap kali exam

bukan mudah nak dapatkan kejayaan yang kita nak
tapi tak susah sebenarnya untuk dapatkan ia
yang penting macam mane kita dapatkan
dan apa usaha yang dilakukan...
insya allah ada rezeki, ade lar tu
kalau tak dapat, mungkin ada hikmah disebaliknya
Dia tahu apa yang terbaik untuk umatnya...
itu lar ape yang ak still pegang sampai sekarang
dan alhamdulillah, aku dapat terima segala yang berlaku
baik buruk sesuatu terjadi dengan hati terbuka dan redha
yang penting usaha dulu, tawakal dan berserah kepadaNya

aduih da macam ape da ny...
tapi ye lar, gile2 aku pon
aku selalu ingatkan diri supaya tak mudah lupa diri
bila susah tak payah bimbang
Dia ada, Dia Maha Mendengar, Dia Maha Berkuasa
Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
mengadu lar kat dia,
insya allah, Dia bantu
tapi bila kita dapat sesuatu kejayaan atau nikmat
jangan lar pulak terlalu leka
bangga dengan apa yang kita dapat tu
kita kena ingat, sape yang beri semua tu?
DIA!
jadi bersyukur lah dan selalu istiqamah
dengan mengingatiNya
bila2 masa je nikmat tu boleh ditarik dari kira
sesungguhnya setiap apa yang berlaku
terselit satu hikmah yang besar tapi tak dapat dilihat dengan mata kasar
sebaliknya lihat lah dengan hati dan niat yang suci.

peringatan ini untuk aku dan semua orang
kalau boleh kita sama2 lah sentiasa ingat-mengingati
memang lumrah seorang manusia
mudah lupa dan leka..
ak pon same gak..

Thursday, 4 July 2013

Kenangan Diploma di UiTM Chendering, Kuala Terengganu

time mendaftar tu, rase nak tergelak pon ade...

cute giler kampus aku, kecik molek
tapi besar peranannya untuk menghasilkan anak bangsa yang berjaya..
*ayat berwawasan, heheh*

tapi yang ak peratikan
kampus ny exactly the same as my previous school
TESMAL a.k.a Terengganu Elite School Mak Lagam
atau name bahase melayunye, SMK Mak Lagam

bayang la, bile ak menjejakkan kaki aku kat sane,
pergh!! mantap! wa cakap lu

bangunan kampus, surau, kolej kediaman
even name dataran pon same!
DATARAN ILMU!
huahuahua

yang samenye both dataran ilmu tu dikelilingi bangunan kelas

 dataran ilmu uitm


dataran ilmu tesmal

budak2 tesmal mesti taw dataran ilmu
tempat paling feveret r bagi budak2 skolah ak dulu
especially ari ahad
berdiri lame nak mampus
law nsib bek, cg bagi r kitorang duduk
maka bersila la kami semua di bawah sinaran matahari pagi
sambil mendengar ucapan dari guru2 kesayangan kami..
hehehe...'heaven' doew!
tapi siyes ak rindu saat tu

berbalik kepada kampus ak tu...
ak rase cam kembali ke zaman sekolah
walaupun hakikatnye idop kat sane lg tough
bayang r kene alert ngan seme bende
memo ngan noti selalu kene skodeng kat board
kalau tak jawabnye ketinggalan r aku kat belakang
nak2 aktiviti2 yang melibatkan merit
adoilar, law nak stay kolej tuk next sem
kene kumpul merit lar pulak..
rajin2 kan lar diri huh...

kolej kediaman aku lak ade 2 blok
blok kasa ngan blok sutera...
yang lawaknye, due blok ny dipisahkan oleh satu court tenis
same giler ngan bangunan ostel tesmal
blok aspuri C dan D pon ade court tenis kat tengah2

hailar...ak bkn ape, just rindu gile ngan tesmal bile ak belajar kat cny
seme bnde kat sini mengingatkan aku ngan mak lagam...
da lame ak x jejak kaki ak kat sane
last time form3 sblom ak pindah SESTER
rindunye ak ngan cikgu2 kat sane
yelar time ak jadi TESMALIAN
aku ny kire budak skema lar jugak
and kire top ranker...*prasannyerk*
yelar, manusia boley berubah
bile da jadi SESTERIANS
bese r remaje, keinginan tuk memberontak tu muncul
dan ak telah meninggalkan kenangan yang super hebat
tuk cikgu2 kat sane termasuk la diri aku
paham2 sendiri r erk..

and here i am
tengah membina semangat baru
xnak da main2 cam dulu
ak nak focus r study kali ny
yelar, diri ny da membesar
fikiran pon da stat nak matang
da taw besarnye tanggungjawab anak kat ibubapa
parents kat umah nk tgk aku berjaye

so here i am as a student of UiTMKT...
tengah dalam mode study.....